Friday, February 5, 2016

Kenapa aku memilih Mesir dan Al-Azhar untuk belajar

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين
اللهم صل على سيدنا محمد

Kali ni aku nak cerita sikit kenapa aku pilih Mesir dan Universiti Al-Azhar untuk sambung pengajian dalam bidang dentistry (pergigian) setelah sekian lama tak update blog sebab exam.

Post kali ni ditujukan kepada semua orang, khasnya untuk yang keliru untuk sambung pengajian di mana dan yang mencari-cari apa kelebihan belajar di Mesir.

Dulu aku tak terasa pon nak belajar dentistry (pergigian). Tapi Imam Syafie cakap "Ilmu itu ada dua, iaitu ilmu fiqh untuk mengetahui hukum2 agama dan  ilmu kedoktoran untuk memelihara badan. Tak rugi ambil medik. Tapi aku nak dentist, tanak sibuk sangat hehe. Kenapa amik dentist kat Mesir? Dah la negara ni banyak pasir, habuk, sampah. Perangai orang2 Arab pon boleh tahan jugak. Tapi ada keindahan yang tersirat daripada semua tu. Aku mungkin dah terbang ke Jepun ambil kos engineering sebab aku minat engineering dan aku langsung tak minat medik / dentist. Bukan benci tau tapi just tak minat. Aku dapat tawaran biasiswa JPA-MARA ke Jepun. Dah lepas temuduga lagi tu. Aku memang bertekad nak ke Jepun.

Satu hari aku saja2 la isi borang dermasiswa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Aku tak berharap dapat pun yang ni. Tiba-tiba dapat email yang mengatakan aku dapat temuduga untuk. Aku pon saja2 lagi pergi temuduga tu.

Tengok2 dapat jugak. Alhamdulillah ala kulli hal. Pastu aku terfikir sesuatu. Tiba-tiba macam Allah nak guide aku. Aku terfikir macam-macam tentang Mesir dan Jepun.

Kalau aku pilih Jepun, maka aku hanya dapat dunia tapi kalau aku pilih Mesir, aku akan dapat dunia dan akhirat. Macam mana tu ?

Oke pertama, aku nak jadi doktor yang mahir dalam bidang dentist dan bidang agama. Aku bukan hanya nak merawat gigi tapi nak merawat hati2 manusia yang lalai dengan dunia sekarang. Kat sini ada banyak sangat kelas2 agama ataupun orang panggil talaqqi. Bukanlah aku nak belajar ilmu agama yang tahap tinggi2 tu. Aku just nak belajar yang asas, yang wajib untuk kita semua pelajari seperti Aqidah, Fiqh dan lain-lain. Kita memang perlu belajar ilmu agama untuk dapatkan keredaan Allah, untuk kenal Allah dan untuk hidup sejahtera. Apa guna kita hidup di dunia tapi tak tau tujuan hidup, tak tau halal haram dan lain2.

Kedua, aku boleh dapatkan sanad bacaan Al-Quran (salasilah bacaan Al-Quran straight sampai Rasulullah SAW). Siapa tak nak benda ni kan. Kiranya kalau kau dapat sanad ni, bacaan kau betul la. Benda ni aku tak boleh nak dapat kat Jepun. Kat Mesir ni ramai syeikh yang hebat-hebat. Ada yang dengar bacaan Al-Quran daripada 3 orang serentak tanpa tengok mushaf quran, tapi dia boleh tegur salah setiap orang tu. Masyaallah hebat. Point kat sini sebenarnya, ilmu agama tu perlu ada sanadnya, barulah kita boleh tau kita belajar dari siapa dan guru kita belajar dari siapa. Ada berkat la kat situ. Macam hadis nabi, perlu ada sanad untuk memastikan status hadis tu sohih atau tidak. Lagi satu kelas-kelas agama lain pon kita boleh dapat sanad.

Ketiga, aku nak fasihkan bahasa arab aku. Yang tak ada apa-apa asas bahasa arab pon boleh hebat bahasa arab kalau pergi Mesir atau negara arab lain. Walaupun ada orang cakap, orang Mesir guna bahasa arab ammi (mengikut lahjah/loghat). Tapi tu tak ada masalah, kita boleh belajar arab fusha (rasmi) dan ammi. Orang Mesir faham je kalau kita cakap fusha dan aku tak pernah dengar lagi orang Mesir gelakkan kita kalau kita cakap bahasa arab fusha. Kita kalau nak belajar sesuatu bahasa, mesti duduk dalam masyarakat yang guna bahasa tu. Berkomunikasi dengan diorang, jual beli dan lain-lain. Aku ada dengar juga orang cakap, kalau nak pandai bahasa arab, kena makan makanan arab. Wallahualam. Bahasa arab ni penting guys. Bahasa Al-Quran, bahasa Nabi Muhammad SAW, bahasa di syurga. Apa guna kita ni muslim tapi tak faham apa yang Allah dan nabi cakap. Macam mana nak khushuk dalam solat kalau tak faham apa yang kita baca. Macam mana nak hayati bacaan quran yang kita baca kalau tak faham. Bahasa arab ni juga merupakan ilmu alat iaitu ilmu yang digunakan untuk mencapai sesuatu. Contohnya, kita nak belajar kitab2 agama, perlu ada ilmu bahasa arab, nahwu sorf, balaghah dan lain-lain. Itu yang dinamakan ilmu alat. Aku ada dengar orang cakap, kalau hebat bahasa arab, banyak tawaran pekerjaan datang. Tapi tu bukan niat utama aku. Banyak faedahnya yang lain. Jadi, aku memang bertekad nak fasihkan bahasa arab aku.

Keempat, aku nak jaga ikhtilat (percampuran) antara lelaki dan perempuan. Di Al-Azhar, kuliah lelaki dan perempuan diasingkan. Jadi, senang la aku nak jaga ikhtilat. Belajar pun senang. Nak tanya soalan yang pelik2 kat pensyarah pon takde hal. Ni pandangan aku la. Perempuan ni fitnah terbesar bagi lelaki. Yang dimaksudkan dengan fitnah ni ialah 'ujian'. Ya. Perempuan ujian yang terbesar untuk lelaki. Berapa ramai lelaki kalau tengah berjalan tiba-tiba ada perempuan lalu sebelah dia tapi dia tak pandang ? Sikit sangat bro. Mesti rasa nak tengok. Sebab tu dia jadi ujian terbesar untuk lelaki. Sistem Al-Azhar ni lah sistem pembelajaran Islam. Allah cakap 'La taqrabuzzina'. 'Jangan kau mendekati zina'. Nak mendekati pon tak boleh lagi2 nak berzina. Kalau pandang2 perempuan tu dikira mendekati zina la. Lagipon, ilmu tu susah nak masuk dan ibadah kita tak terasa zuq (nikmat) kalau tak jaga pandangan. Ilmu itu cahaya dan cahaya tak akan diberikan pada pendosa. Di Al-Azhar juga kita akan belajar subjek2 agama dalam kos perubatan / pergigian / farmasi,  tak seperti universiti2 lain. Contohnya Aqidah, Sirah dan lain2. Bahasa Arab ofkos la.

Kelima, aku nak hafal quran. Kat Mesir ni sekurang-kurangnya ada biah solehah (suasana baik) berbanding Jepun. Ramai hafiz dan hafizah di sini. Jadi, ada inspirasi nak hafal quran tu. Ada semangat dan perasaan jeles dengan diorang. Orang yang menghafal quran boleh tarik ahli keluarga dia masuk ke syurga. Ada seorang kanak-kanak ni. Orang tanya dia ''kenapa kau hafal quran'' ? Dia cakap "ini sahaja usaha aku nak memelihara kalam Allah". Subhanallah.

Keenam, kat sini senang sangat nak cari makanan halal. Majoriti kat sini Islam. So tak payah risau nak beli ayam, daging dan lain2. Berbeza dengan Jepun. Susah nak cari makanan halal sebab penduduk dia tak ramai Islam. "We are what we eat" Kalau makan makanan haram, perangai kita pon jadi macam haram la. Begitu juga dengan makanan yang syubhah (tak pasti halal atau haram) Elakkan !

Ketujuh, aku nak buat haji dan umrah cepat. Kalau ikut Mesir, boleh buat cepat sikit. Tapi kalau ikut tabung haji, berjanggut la aku tunggu giliran. Entah hidup lagi ke tak. Kos nak buat haji dan umrah dari sini pun murah berbanding dari Malaysia. Ya Allah, sampaikan kami ke rumahmu untuk melaksanakan haji dan umrah. Amiin

Jadi itu la antara sebab aku pilih Mesir dan Al-Azhar. Terbagi tazkirah sekali pulak hehe. Bukan apa. Aku nak kita semua ni sedar. Kita hidup kat dunia ni ada tujuan dia. Yang sedang belajar di mesir ni pon kena perbaharui niat. Biar niat kita betul. Insyaallah dapat keredaan dan kasih sayang Allah..Bangun wahai pemuda ! Bangun !

12 comments:

  1. Assalamualaikum, saya nk tnya kalau ambil bidang pergigian, subjek2 yg akn dipelajari di uni al azhar dllm bidang b.arab@ english? dan apa subjeknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sekarang ni pelajar Malaysia akan belajar sesama pelajar Malaysia sahaja kerana sudah ada MOU dengan kerajaan. Jadi bahasa yg akan digunakan adalah bahasa Inggeris untuk subjek selain subjek agama, manakala subjek agama seperti Bahasa Arab, Tauhid dll akan diajar dalam Bahasa Arab rasmi.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Dulu ms spm ada subjek agama mcm pqs, syariah dll ke? Klu ms spm cuma ambil 9 subjek yg ada phy, chem, bio, addmath blh apply for al azhar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ambil subjek pqs syariah semua tu. Tapi kalau takde pun boleh utk bidang dentist. Sorry lambat haha

      Delete
  4. Masyallah bagusnya syabab ni.. ..Semoga terus success dunia akhirat

    ReplyDelete
  5. Salam. .brp tahun pengajian dentist dan apa subjek nya? T kasih

    ReplyDelete
  6. waalaikummussalam ..
    5 thn..dan subjeknya,

    Pre-Dental.



    Chemistry
    General Physics
    Botany & Genetics
    Zoology
    Bahasa Inggeris
    Computer Science
    Creed and Ethics
    Quran
    Fiqh
    Arabic Language
    Rhetobic & Literature
    Dental Terminology


    First Year Dentistry

    General Anatomy
    General Histology
    General Physiology
    Biochemistry
    Dental Anatomy & Physiology
    Dental Biomaterials
    Bahasa Inggeris
    Seerah
    Tafseer
    Hadeeth
    Quran
    Technology of Removable Prosthodontics
    Technology of Operative Dentistry
    Technology of Crown and Bridge


    Two Year Dental

    General Pathology
    General Microbiology
    General Pharmacology
    Oral and Dental Biology
    Technology of Removable Prosthodontics
    Technology of Operative Dentistry
    Technology of Crown and Bridge
    Quran
    History Of Legislation * ( Date Tasyrik )
    Fiqh


    Year Three of Dentistry

    General Medicine & Dermatology
    General Surgery , ENT and Ophthalmology
    Oral Dental Health
    Oral and Dental Pathology
    Orthodontics
    removable Prosthodontics
    Operative Dentistry
    Crown and Bridge
    Endodontics
    Oral & Maxillofacial Surgery
    Quran
    Faith and Ethics
    Hadeeth


    Four Years of Dental

    removable Prosthodontics
    Operative Dentistry
    Crown and Bridge
    Endodontics
    Oral and Maxillofacial Surgery
    Oral Medicine and Periodontology
    Pedodontics
    Oral Diagnosis and Dental Radiology
    Quran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah Bushro.
      We overlooked that d class is separated from arab students.
      Cuma ada student Msia dlm satu kelas. Tp takpe InsyaAllah ini yg terbaik dr Allah utk semua.
      Kalau di Msia nak kena bersaing hebat di peringkat asasi. Belum tentu dpt apa yg dimahukan.
      All d best to you and your other 12 classmates.
      My doa for you all.

      Delete
  7. Tak semua pelajar medik or pergigian mesir ni pandai kan???ada tu tak pandai pom tapi nak juge jadi dr....bayar then ambil kat mesir.....takot laa dengan dr dari mesir...lagi percaya kat dr lepasan uni local sbb dorang betol2 pandai je boleh masuk kos tu....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya UPSR 5A, PMR 9A, SPM 11A + Cambridge English Test A1. Memang la tak semua dr pandai. Yang local pun tak semua pandai 🤣

      Delete
  8. Salam Dr Aziz, anak saya akan ke al azhar mesir pre dental Oct tahun nie. Maklumat terkini dari Dr Noorhidayah bt Mohd Arof dari MDC menjelaskan dalam email yang al azhar dental tidak lagi mendapat pengiktirafan dari MDC. Boleh saya berhubung dengan Dr utk mendapat pandangan lebih lanjut dari pengalaman Dr sebagai graduate al azhar, terima kasih -meor amir 019-2735171-

    ReplyDelete