Medik adalah suatu bidang yang sukar.
Dan bukan calang-calang orang menceburkan diri dalam bidang medik ini. Budak Medik selalu dianggap ulat buku dan tiada masa lapang. Sebenarnya tidak! Medic actually is a way of life. If we know how the medic's life work, we can manage our life easily. Medik juga adalah suatu proses kita mengenal siapakah Pencipta kita. Bagaimana sistem badan manusia berfungsi? Apakah otot-otot yang terdapat dalam badan manusia? Terlalu luas ilmu medik ini. Sungguh besar ilmu Allah SWT, subhanallah. Apalah sangat ilmu manusia ini.😥Hanya ibarat setitik air di lautan. Bukan semua ilmu, kita dapat kuasai. Tapi percayalah, if you want to score the subject, you need to love it. Jangan pernah menyesal atas apa2 bidang yang kita telah ceburi. Aku taknak menyesal sebab aku amik medic. Banyak halangan yang perlu aku hadapi, itulah cabaran jadi seorang doktor. Kegagalan menyebabkan kita sedar who we really are. Jangan ingat kita akan gagal atau berjaya selama-lamanya. Hidup ini ibarat putaran bola, kadang-kadang kita berada di atas,kadang-kadang kita berada di bawah,itulah lumrah kehidupan manusia. Ingatlah! Doktor tak ada kuasa menyembuhkan, Hanya Allah SWT yang maha menyembuhkan. Doktor hanyalah asbab kepada sembuh. Prinsip asas sebelum digelar doktor perlulah betul. Kenapa aku amik medik? Aku nak tolong orang lain. Alasan klise budak-budak Medik sekarang. Macamlah bidang lain tak boleh tolong orang. Setiap perkara yang kita ceburi perlulah dimulakan dengan niat. Kalau baik niat kita, insya Allah baik jugaklah perbuatan kita. Sebenarnya aku amik medik sebab aku nak jadi seperti ibuku. Ibu aku adalah antara idolaku. My mom is a doctor and I love to see her helping her patients all this while, not only in working time but also in the other time. Menolong orang dapat membahagiakan kita. I'm willing to distribute the happiness to other people. Ibu aku selalu mendorong aku walau apapun yang berlaku. Kadang-kadang aku rasa nak give up je tapi aku taknak kecewakan ibu aku. She really wants me to be a doctor. And i'm willing to be doctor as she wanted me to be. Setiap anak mahu buat kedua ibu bapanya bangga. Aku pon mahu buat kedua ibu bapaku bangga dengan pencapaian diriku. Ini adalah salah satu cara membalas jasa kedua ibu bapa kita. Once I choose the path to be a specialist doctor, I will never look backward. Aku akan cuba bahagikan masa sebaiknya. Aku akan jadi doktor yang ada 'Life'. Itulah nasihat sahabat karibku yang takkan kulupakan. Insya Allah. Once kita dah berjaya mencapai cita-cita kita,jangan kita lupa kepada Allah SWT dan sahabat-sahabat kita yang telah sama-sama membantu kita capai kejayaan.
Hiduplah kita untuk bersusah-susah dahulu dan bersenang-lenang di kemudian hari. Be strong for your mental and physical if you choose your way to become a doctor.
Tuesday, August 23, 2016
Medik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment