Friday, December 25, 2015

Sperm cintakan ovum

Persoalan: Adakah susah perjalanan 'sperm' untuk jumpa kekasih hatinya, 'ovum'?

Ada yang mati sebelum sempat berjumpa dengan buah hatinya, bukan calang-calang 'sperm' yang mampu buat sedemikian. 


Dan dalam berjuta-juta 'sperm' yang ada, Hanya satu 'sperm' yang mampu menembusi dinding tebal 'ovum' untuk menemui ovum tercinta. 


Akhirnya, akan berlakulah persenyawaan antara 'ovum' dan 'sperm' yang akan melahirkan anak mereka yang bernama 'zygote'. 'Zygote' itu membesar dan membesar dan akhirnya terciptalah manusia. 


                 Subhanallah, cantik sungguh kejadian manusia itu, daripada sehina-hina mani, terbentuk secantik-cantik kejadian. Besar sungguh kebesaran Allah SWT. Allah SWT menjadikan kita bukanlah sia-sia kerana Allah memberi kita misi untuk menjadi khalifah di atas muka bumi kita, kalau bukan jadi pemimpin besar pon, jadilah pemimpin untuk diri sendiri.

                 Selalu sangat kita komen pasal kepimpinan orang itulah, inilah dan banyak lagi, tetapi adakah kita ini dah cukup bagus untuk memimpin diri sendiri? Jangan kata tersasar sikit malah ada yang tersasar jauh sampai ke hujung pangkal laut. 
"We as normal human being, full of sins, we need to always ask Allah SWT to lead us to the right path(jannah) because Allah SWT knows a lot about us"
"I'm truly saying that, to say it is simple as ABC but to do it is very tough because it needs courageness especially from ourselves"
Persoalan: Macam mana nak jadi pemimpin yang hebat? 

                   Jawapannya sangat mudah, ikutilah dan praktikkanlah cara kepimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Jadikanlah Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman hidup kita supaya kita sentiasa di landasan kebenaran. 

                  Satu lagi prinsip yang harus kita pegang ialah "Leadership is not about our title but it's about our behavior". Perangai kita menentukan kita pada masa akan datang, percayalah. Masih belum terlambat untuk kita bentuk peribadi kita sebab nasi masih belum jadi bubur dengan sempurna. Dan percayalah, 
"If we feel pressured, its just Allah SWT trying to get the best out of us". 
                  Jadilah kita pemimpin yang baik agar disenangi oleh orang lain. "The world is full of nice people, if we can't find one, be one of them". Bukan semua manusia yang sempurna itu berjaya, ada juga manusia yang kurang upaya tetapi berjaya dalam hidup mereka.  
"We cannot judge other people by their appearance or physically because we don't know what are their special strength inside them in making their life to be successfull".
                  Jangan segan untuk melakukan perubahan sahabatku sekalian. Jom berubah, kalau bukan sekarang, bila lagi? Kita mampu mengubahnya.

Wednesday, December 23, 2015

Kahwin dengan diri sendiri?

Mahukah anda kahwin dengan diri anda?
Adakah kita mahu mengahwini orang yang sebiji perangai macam kita?
Pelik kan soalan itu? Kenapa mesti kahwin dengan diri sendiri? Kenapa kita? Bermacam-macam bentuk soalan boleh timbul dalam diri kita. Kenapa kita tak boleh terima benda itu?Kalau kita sendiri tak boleh terima diri sendiri, adakah orang lain sanggup untuk menerima kita seadanya.Perangai kita teruk sangat ke?Sama-samalah kita muhasabah diri kita ini. Hanya kita dan Allah SWT sahaja yang mengenali diri kita. Memang mudah untuk katakan jom berubah, tetapi semuanya bergantung kepada kita juga. "If we willing to change, Nothing is impossible". Sama seperti pepatah inggeris iaitu "there's no elevator to success, you need to climb the stairs". Semuanya bermula dari bawah. Perubahan yang kita buat mestilah sentiasa istiqomah dan berpeganglah pada kata-kata ini, "always be ready to make any changes cause you'll face many challenges in making good things".